Monday, August 2, 2010

Aku hanya wanita biasa


Air mata selalu jadi teman hidup ini. Terlalu banyak kisah yang duka yang dilalui, derainya menjadi saksi tiap keperitan yang ditempuhi. Semua itu berbekas dihati. Beri kesan yang sangan mendalam, jauh di dalam benak hati.

Adakalanya seperti terlalu sukar melalui perjalanan hidup ini. Lebih banyak derai air mata dari tawa riang menghias jiwa. Adakalanya hati ini juga turut sama menangis, lebih perit, pedih dan sedih dari air mata yang nampak nyata mengalir...

Air mata wanita ini, adakalanya terlalu murah dan mudah. Aku perlu bangkit, aku perlu meneruskan hidup. Biarlah semua itu tinggal dibelakang, aku akan terus menapak kehadapan meninggalkan kenangan pahit itu.

Dilaman ini tempat aku mengadu, tentang untung nasib yang telah aku lalui. Tentang kisah hati dan perasaan seorang wanita. Wanita dan kenangan cukup sinonim....

Dan aku mahu jadi wanita yang tabah untuk terus menikmati hidup ini sebaiknya.
Tuhan berikanlah aku ketabahan....



5 comments:

  1. Tabah itu datang dengan sabar. Sentiasa memohon perlindungan dari-Nya, kerana hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kehidupan kita

    ReplyDelete
  2. terima kasih shimi krn sudi singgah..

    Sesungguhnya saya berserah padaNya....kerana Dia maha mengetahui...

    ReplyDelete
  3. kite faham tu... jgn sedih sgt ye syg... meh kawan ngan kite. kite gelak2 je...

    :)


    .

    ReplyDelete
  4. Kak tasek..

    kta kalau sedih mmg gi blog akak ponnn.....mesti ilang sedihhh....hehehe...

    kta kwn2 ekkk??....:)

    ReplyDelete
  5. kuatkan smgt ye.Dekatkan diri pada Yang Maha Esa.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segalanya.Xmo sedih2 ye.Sala Ukuwah dari saya.Kita kawan ek..walau terpisah jauh antara benua.:-)

    ReplyDelete

Terima kasih

Related Posts with Thumbnails